Tuesday, December 9, 2014

112. Aku yang lemah.

2 Disember 2014:

Malam lepas balik kerja, aku call kak sasa sebab nak tanya dia pasal jeruk asam boi yang dia kirim. Sambil tu dapat cakap dengan mak sekejap, Cerita pasal majlis kenduri doa selamat untuk aku n baby. Aku suruh mak pilih tarikh n menu masa kenduri tu, Mak ceria bila cerita pasal baby. Mak kata dah lama tak jumpa aku sebab bulan lepas aku tak dapat balik, biasanya sebulan sekali mesti balik, takpun mak n ayah datang kl. Mak kata nak tengok perut aku. Mak kata mak dah tengok gambar 4D baby yang aku watsapp ayah hari Ahad haritu. Mak kata baby macam boy tapi hidung mancung tak macam hidung aku. Mak ceria macam biasa. Mak kata nanti mak bincang dengan ayah pasal kenduri. Aku sempat bagitau mak, aku nak balik 27hb ni. Mak kata mak rindu. 

3 Disember 2014:

Lepas balik kerja, hati aku tiba tiba macam nak siapkan kemas rumah, basuh baju semua. Dalam hati ni terdetik "biarlah aku siapkan kerja kerja rumah ni cepat, nanti hari sabtu senang". Malam tu aku siap basuh separuh baju kotor dalam bakul. Masih teringat pesan mak suruh balik bulan ni. Memang dah lama aku tak jumpa mak. Memang patut aku balik kampung.

4 Disember 2014:

Aku pegi kerja macam biasa. Hati ni langsung takde rasa ape ape yang pelik. Lepas balik kerja, aku terus habiskan baki baju yang tak siap basuh lagi. Ni memang jarang aku buat sebab biasanya aku basuh baju weekend tapi ntah kenapa hati ni nak siapkan semua tu cepat cepat. Aku masak untuk Hafiz terus malam tu. Lepas siap masak, terus mandi nak solat maghrib. Masa tengah solat tu aku ade terdengar bunyi telefon tapi ntah kenapa Hafiz tak tolong angkatkan. Sampai la aku habis solat, Hafiz bagi telefon. Aku cuma dengar "Dik.....kenapa tak angkat telefon ???" suara kak sasa terketar ketar. "Ye kak, adik baru lepas solat" "Dik.....mak pengsan dik. akak dalam kereta nak hantar mak pegi hospital". Masa ni jantung aku dah berderai, aku dah tak mampu nak cakap ape ape. Dengan serta merta kaki tak kuat nak berdiri, aku terbaring, Airmata ni jatuh. Masa ni aku dah dapat rasa something yang tak elok walaupun kak sasa cuma cakap mak pengsan. aku menangis semahu mahunya. Aku peluk Hafiz, aku mintak dia hantar aku balik kampung malam tu jugak.

Hafiz suruh aku kemas baju, aku tau dia tengah banyak kerja tak boleh nak tinggal. Tapi aku merayu hantar aku balik kampung masa tu jugak. Aku dah tak boleh pikir ape ape. Aku cuma bole sebut "Makkkk". Masa aku kemas baju tu, aku still sedapkan hati. Aku tak bawak pun baju kat rumah, aku bawak baju yang tak perlu iron sebab dalam hati aku, aku nak jaga mak kat hospital sebab memang dah biasa bila mak admit hospital, memang aku yang kena jaga. Abang n kakak semua dah ade anak. so, aku terus masukkan baju ape yg aku nampak. Terus gerak balik kampung.

Sampai serdang, aku dapat call dari Along. Aku angkat "Zie...mak dah takde" "Allah................." "Makkkkkkkkkkkk!!!!!!" masa ni aku dah taktau nak kata ape. dalam hati cuma ade mak. aku nak mak. aku rindu mak. aku nak jumpa mak. aku cuma sebut nama mak ulang ulang. aku nak peluk mak. aku nak cium pipi mak. aku dah lama tak nampak muka mak. aku nak mak. aku nak mak. Makkkkk.
"kenapa mak pegi tak tunggu adik mak" "adik rindu makkkk"

Sepanjang perjalanan tu, aku rasa semua memori dengan mak terbayang bayang, semua yang aku buat dengan mak dari aku kecik aku ingat. Memori dengan mak takkan aku lupa. 

Sampai je rumah, dari jauh aku dah nampak rumah terang. Ade orang pakai songkok duduk kat depan rumah. Sungguh, aku tak terdaya nak melangkah. Aku jalan masuk dalam rumah, tuhan je yang tau ape yang aku rasa. Dalam hati ni aku nak peluk mak. Bila aku langkah masuk dalam, aku nampak kak sasa n abang amal duduk tunduk. Aku nampak sekujur tubuh baring di tutup dengan kain. "Ya Allah....kau kuatkan aku. kau beri aku kekuatan" aku duduk sebelah mak, aku cuma dengar "Zie, bukak kain tu tengok mak" tangan ni aku angkat tapi tak terdaya nak bukak kain tu. Belum sempat aku bukak, aku rasa badan aku lemah. Airmata jatuh. Aku macam nak jerit "Makkkkkkk, adik balik ni mak. mak nak tengok perut kan" "Makkkk kenapa mak baring kaku macam ni" tak dapat nak di luah perasaan ni bila tengok orang yang kita sayang dah takde macam selalu. Aku rasa sekelipa mata mak dah takde. aku rindu pelukan mak, senyuman mak, segala galanya. aku rindu. 

Aku nampak kaklong menangis, kaklong rebah, kak sasa menangis, abang amal, abang hery........
Abang amal paling manja dengan mak, tapi aku nampak dia duduk jauh. Kaklong datang bukak kain penutup mak, masa tu aku nampak muka mak. Muka mak yang tak macam biasa. Mak macam tidur dengan tenang. Airmata ni jatuh lagi. Kaklong rebah. Aku nampak ayah menangis. Aku peluk ayah. "Ayah....adik janji adik jaga ayah"

Malam tu aku tak mampu lelapkan mata. Sampai ke subuh. Malam tu aku ambik peluang, cium mak. pegang kaki, tangan mak buat kali terakhir. Subuh tu kami adik beradik bacakan yassin untuk mak. Lepas baca yassin aku nampak abang amal pegi sebelah mak, dia pegang dada. Akhirnya dia luahkan ape yang terbuku dalam hati dia. Dia menangis semahu mahunya. aku tau, abang pun dah lama tak jumpa mak. aku tau dia rindu. Aku nampak ayah menangis sama......

5 Disember 2014:

Alhamdulillah urusan pengebumian mak berjalan dengan lancar termasuklah kenduri tahlil yang pertama. Ramai yang bagi semangat. Terima kasih. 

6 Disember:

Pagi, selepas solat subuh. Aku rasa rindu yang amat sangat. Tak mampu nak di luah. Aku tau mak dah tenang di sana. Al fatihah. Mak, adik sayang mak. 











4 comments:

intandayani said...

Allahhuakbar..
Takziah awak..
Saya tak mampu tahan air mata baca coretan awak ni..
Semoga awak tabah..

JaJa'Z said...

bila baca entry cu, buatkan akak pun mengimbau kenangan masa arwah ayah dan arwah mak akak meninggal... :(

rdasyuhada said...

Takziah. Sedihnye baca. Tabahlah. Semua yang hidup akan pergi. Take good care of baby n urself.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)