Tuesday, December 9, 2014

112. Aku yang lemah.

2 Disember 2014:

Malam lepas balik kerja, aku call kak sasa sebab nak tanya dia pasal jeruk asam boi yang dia kirim. Sambil tu dapat cakap dengan mak sekejap, Cerita pasal majlis kenduri doa selamat untuk aku n baby. Aku suruh mak pilih tarikh n menu masa kenduri tu, Mak ceria bila cerita pasal baby. Mak kata dah lama tak jumpa aku sebab bulan lepas aku tak dapat balik, biasanya sebulan sekali mesti balik, takpun mak n ayah datang kl. Mak kata nak tengok perut aku. Mak kata mak dah tengok gambar 4D baby yang aku watsapp ayah hari Ahad haritu. Mak kata baby macam boy tapi hidung mancung tak macam hidung aku. Mak ceria macam biasa. Mak kata nanti mak bincang dengan ayah pasal kenduri. Aku sempat bagitau mak, aku nak balik 27hb ni. Mak kata mak rindu. 

3 Disember 2014:

Lepas balik kerja, hati aku tiba tiba macam nak siapkan kemas rumah, basuh baju semua. Dalam hati ni terdetik "biarlah aku siapkan kerja kerja rumah ni cepat, nanti hari sabtu senang". Malam tu aku siap basuh separuh baju kotor dalam bakul. Masih teringat pesan mak suruh balik bulan ni. Memang dah lama aku tak jumpa mak. Memang patut aku balik kampung.

4 Disember 2014:

Aku pegi kerja macam biasa. Hati ni langsung takde rasa ape ape yang pelik. Lepas balik kerja, aku terus habiskan baki baju yang tak siap basuh lagi. Ni memang jarang aku buat sebab biasanya aku basuh baju weekend tapi ntah kenapa hati ni nak siapkan semua tu cepat cepat. Aku masak untuk Hafiz terus malam tu. Lepas siap masak, terus mandi nak solat maghrib. Masa tengah solat tu aku ade terdengar bunyi telefon tapi ntah kenapa Hafiz tak tolong angkatkan. Sampai la aku habis solat, Hafiz bagi telefon. Aku cuma dengar "Dik.....kenapa tak angkat telefon ???" suara kak sasa terketar ketar. "Ye kak, adik baru lepas solat" "Dik.....mak pengsan dik. akak dalam kereta nak hantar mak pegi hospital". Masa ni jantung aku dah berderai, aku dah tak mampu nak cakap ape ape. Dengan serta merta kaki tak kuat nak berdiri, aku terbaring, Airmata ni jatuh. Masa ni aku dah dapat rasa something yang tak elok walaupun kak sasa cuma cakap mak pengsan. aku menangis semahu mahunya. Aku peluk Hafiz, aku mintak dia hantar aku balik kampung malam tu jugak.

Hafiz suruh aku kemas baju, aku tau dia tengah banyak kerja tak boleh nak tinggal. Tapi aku merayu hantar aku balik kampung masa tu jugak. Aku dah tak boleh pikir ape ape. Aku cuma bole sebut "Makkkk". Masa aku kemas baju tu, aku still sedapkan hati. Aku tak bawak pun baju kat rumah, aku bawak baju yang tak perlu iron sebab dalam hati aku, aku nak jaga mak kat hospital sebab memang dah biasa bila mak admit hospital, memang aku yang kena jaga. Abang n kakak semua dah ade anak. so, aku terus masukkan baju ape yg aku nampak. Terus gerak balik kampung.

Sampai serdang, aku dapat call dari Along. Aku angkat "Zie...mak dah takde" "Allah................." "Makkkkkkkkkkkk!!!!!!" masa ni aku dah taktau nak kata ape. dalam hati cuma ade mak. aku nak mak. aku rindu mak. aku nak jumpa mak. aku cuma sebut nama mak ulang ulang. aku nak peluk mak. aku nak cium pipi mak. aku dah lama tak nampak muka mak. aku nak mak. aku nak mak. Makkkkk.
"kenapa mak pegi tak tunggu adik mak" "adik rindu makkkk"

Sepanjang perjalanan tu, aku rasa semua memori dengan mak terbayang bayang, semua yang aku buat dengan mak dari aku kecik aku ingat. Memori dengan mak takkan aku lupa. 

Sampai je rumah, dari jauh aku dah nampak rumah terang. Ade orang pakai songkok duduk kat depan rumah. Sungguh, aku tak terdaya nak melangkah. Aku jalan masuk dalam rumah, tuhan je yang tau ape yang aku rasa. Dalam hati ni aku nak peluk mak. Bila aku langkah masuk dalam, aku nampak kak sasa n abang amal duduk tunduk. Aku nampak sekujur tubuh baring di tutup dengan kain. "Ya Allah....kau kuatkan aku. kau beri aku kekuatan" aku duduk sebelah mak, aku cuma dengar "Zie, bukak kain tu tengok mak" tangan ni aku angkat tapi tak terdaya nak bukak kain tu. Belum sempat aku bukak, aku rasa badan aku lemah. Airmata jatuh. Aku macam nak jerit "Makkkkkkk, adik balik ni mak. mak nak tengok perut kan" "Makkkk kenapa mak baring kaku macam ni" tak dapat nak di luah perasaan ni bila tengok orang yang kita sayang dah takde macam selalu. Aku rasa sekelipa mata mak dah takde. aku rindu pelukan mak, senyuman mak, segala galanya. aku rindu. 

Aku nampak kaklong menangis, kaklong rebah, kak sasa menangis, abang amal, abang hery........
Abang amal paling manja dengan mak, tapi aku nampak dia duduk jauh. Kaklong datang bukak kain penutup mak, masa tu aku nampak muka mak. Muka mak yang tak macam biasa. Mak macam tidur dengan tenang. Airmata ni jatuh lagi. Kaklong rebah. Aku nampak ayah menangis. Aku peluk ayah. "Ayah....adik janji adik jaga ayah"

Malam tu aku tak mampu lelapkan mata. Sampai ke subuh. Malam tu aku ambik peluang, cium mak. pegang kaki, tangan mak buat kali terakhir. Subuh tu kami adik beradik bacakan yassin untuk mak. Lepas baca yassin aku nampak abang amal pegi sebelah mak, dia pegang dada. Akhirnya dia luahkan ape yang terbuku dalam hati dia. Dia menangis semahu mahunya. aku tau, abang pun dah lama tak jumpa mak. aku tau dia rindu. Aku nampak ayah menangis sama......

5 Disember 2014:

Alhamdulillah urusan pengebumian mak berjalan dengan lancar termasuklah kenduri tahlil yang pertama. Ramai yang bagi semangat. Terima kasih. 

6 Disember:

Pagi, selepas solat subuh. Aku rasa rindu yang amat sangat. Tak mampu nak di luah. Aku tau mak dah tenang di sana. Al fatihah. Mak, adik sayang mak. 











Tuesday, February 25, 2014

111. Aku dah kawin.

Bismillah.

Dah lama tinggal dunia blog, tapi harini rasa macam nak share something dalam blog ni. hehe even takde orang baca tapi one day, aku percaya akan ada yang baca blog ni maybe anak anak. well, who know ? Ya Allah aku bersyukur sangat, sekarang hidup aku hampir lengkap.

22 disember 2013 Yes, i am married. dah dua bulan aku kawin, and yes ! dengan lelaki yang aku pernah syok kat sekolah dulu. hehehe

kadang kadang sebelum tidur, suka tanya dia, ape yang dia rasa dulu masa bercinta kat sekolah ? bila dia start suka ? cerita pasal surat cinta, kena marah dengan mak ayah sebab bercinta masa sekolah, hehe semua tu macam mimpi. memang tak sangka sangat boleh kawin dengan dia, zaman bercinta kitorang memang tak selalu aman. tak sangka jodoh panjang, alhamdulillah. kadang kadang bila dah kawin ni, terfikir.. betul Allah tu maha adil, dia tahu siapa yang paling layak untuk jadi jodoh kita. ini semua jodoh ketentuan Allah.

14 febuari 2014. i am officially graduated, memang aku happy gila la bila bukak email tengok semua paper lulus. yelah kan, aku ni antara student yang di lanjutkan tempoh pengajian. aicehhh ayat hehehe yelah budak tak brape nak pandai ni haa, macam macam masalah dalaman tapi alhamdulillah lepas kawin, dah habis belajar, aku happy. ape lagi yang aku nak ? sekarang masa untuk bersyukur dengan apa yang tuhan beri ni.


Ini suami saya :)




Wednesday, September 4, 2013

110. Tangisan Aiman.

Assalamualaikum

Betul lah, nampak tugas jadi guru ni macam mudah tapi sebenarnya kena pandai control emosi, percakapan, perbuatan, semua lahh sebab kita ni macam role model untuk semua pelajar. Disebabkan minggu ni minggu terakhir kat sekolah, dan mungkin ni cerita terakhir pasal sekolah jugak -_-

Tiap kali aku masuk class, biasanya aku akan cari budak yang aktif dengan yang pasif. Normally, kalau masuk class yang baru maksudnya class tu aku baru je first time masuk lepas bagi intro sikit aku akan nampak dua jenis budak ni. Sorang tu tak payah kita tanya dia dah jawab, banyak soalan, dia yang akan offer diri dia untuk bercakap dan yang pasif ni aku akan perhatikan apa respon dia bila aku bagi soalan ataupun aku mintak diorang buat something ke apa, yang pasif biasanya orang terakhir siapkan apa apa latihan.

Lepas dua minggu aku kat sekolah tu, aku dah kenal lah dengan dua jenis budak ni untuk setiap class. Dan biasanya aku akan bagi tumpuan dekat yang pasif ni lebih dari yang lain. Salah sorang budak ni nama dia AIMAN. 

Aiman ni tiap kali aku masuk class mesti ada something yang dia tengah buat main, mainan lah, kertas lah, apa apa lah jarang dia nak pegang buku walaupun dah start waktu belajar. Bila aku duduk depan dia (sambil peluh tubuh aicehhhh hehe )

c : Aiman, buat latihan yang cikgu bagi tu.
a : Taknak ( slumber dek dia je sambil main main pembaris )
c : Buat cepat, kalau tak siap tak boleh rehat. cikgu letak aiman kat tengah panas tu.
a : Bisinglahhh ( sabar isma sabar eee budak niii )

Sampai la satu hari ni, aku tak bagi latihan. aku cuma mintak hafal sifir 2 dengan 3 tapi tulis dulu sifir tu dalam buku. Tapi si aiman ni degil sungguh, dia langsung tak buat pun. yang lain punyalah semangat nak habiskan sebab aku ugut kalau tak siap tak boleh balik. aku rasa aiman ni langsung tak takut dengan aku. bila sorang sorang budak aku lepaskan balik. last sekali tinggal lah si aiman ni ha.

c : mane aiman punya sifir cikgu nak tengok 
a : ni ha cikgu, dah siap kan boleh balik ( terus je jalan keluar pintu aku dengan laju tarik kolar baju aiman )
c : ehhhhhhh belum boleh balik lagi, cikgu nak sifir 2 dengan 3 kan kenapa aiman buat sifir 2, 5 dengan 10 ni ?? ( aku tau dia copy cat dalam buku je )
a : ala saya tak retilahh
c : ok takpe, bawak kertas ni ikut cikgu. cikgu nak bawak aiman jumpa ustaz. cikgu nak cakap dengan ustaz aiman taknak buat kerja, tak siap kerja, main main dalam class.
( aku dah buat muka garang ni. dia langsung tak membantah, ikut je belakang aku. aku saje takutkan dia tapi dia langsung tak takut cisss )
sampai je depan bilik ustaz..
c : ha ni ustaz, aiman taknak buat kerja. saya tak bagi dia balik
( aiman still beku takde respon. dia tak takut pun )
sampai je class aiman..
c : dahla aiman, aiman bawak kertas tu balik. siapkan. esok cikgu nak tengok. dah pegi kemas beg, aiman boleh balik. ( luluh hati tengok muka aiman yang langsung takde perasaan )

Aku pun duduk lepak dengan cikgu lain sebelum balik rumah, dekat setengah jam masa tu tiba - tiba .....

kak eton : cikgu isma, aiman tu memang tak boleh balik ke ? tadi cikgu ada marah dia ke ? dia tak bole di marah, nanti merajuk kena pujuk. dia kena pujuk baru ok tu cikgu.
c : ha ???? dia tak balik lagi ?? ( terus campak surat khabar kat tangan )

Aku nampak aiman tunduk duduk atas kerusi muka dia pandang meja. 
c : aiman kenapa tak balik lagi ni, cikgu suruh aiman balik tadi kan.
Aiman diam.menggelabah wehhhh cikgu kau ni ha
c : aiman pakai beg ni, jom balik jom cikgu......
Aku nampak airmata aiman mengalir, waaaaaaaaaaa bersalahnyaaaaaaa 
c : aiman cikgu mintak maaf, dah dah cikgu tak marah aiman. pakai beg ni, aiman balik ye. dah jangan nangis. bangun la aiman, jom balik.
Aiman bangun, angkat beg. aku hantar dia sampai depan sekolah. 

sungguh, aku terkesima sekejap. hahahaha


Jujur lah, makin lama aku mengajar makin improve skill aku nak ajar budak. 
cececehhh hehe 

bila masuk minggu ke 3 sekolah, 

- Aku dah pandai pegang pembaris jdalam class ( ala ala cikgu disiplin muka garang je )
- Aku dah pandai pukul budak walaupun pukul pakai pembaris lepas pukul aku usap balik badan budak tu ( tak sampai hatiiiiiiiiii )
- Aku pandai teknik nak tarik perhatian budak bila diorang bosan ( try lukis gambar gambar cute kat papan hitam bila buat latihan )
- Aku berjaya hafal nama budak, hampir 100%
- Aku dah pandai isi kedatangan murid, nak tutup dia pun dah pandai. kena kira purata semua. kikiki
- Aku dah pandai makan kat kantin lepak dengan cikgu cikgu lain ( first day aku tak bole telan nasi sebab semua cikgu suka pot pet pot pet pot pet tajuk yang aku tak faham )

kesimpulannya, lagu mana hang nak jadi cikgu kalau hati macam tisu. haha








thanks for reading ! -_-