Friday, April 10, 2015

113. Lengkap sebagai seorang perempuan.

Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog. Bosan dalam pantang ni aku update la sikit kan. Dulu pernah pikir, sape nak baca ntah blog kau ni. Sekarang dah tak pikir, aku dah ade sofea. Maybe one day. Bila dia dah besar, dia boleh baca entry mak dia yang mengarut ni. Tak kisah la kan. Yang penting aku ade jugak cite moment indah dalam hidup ni. Yelah memang indah. 

Meh sini mak nak cite kat sofea. Ape jadi masa nak keluarkan sofea dari perut. Ai macam senang je nak keluarkan tu. 

Ok lets started.....

Seminggu sebelum due. Ok sofea punya due yang doktor bagi 7/3/2015. Mama n papa punya birthday is on February, so kami ni berangan mat jenin lah yg sofea ni bakal keluar on February jugak sebab doc kata maybe awal seminggu. Tunggu punya tunggu takde tanda pun...dah seminggu dah mama rasa false contraction. Bila ntah yg betul betulnya. Tiap hari ni bagitau papa, bila nak sakit ni ? Yelah kita first time kan mesti nebes la nak rasa bersalin tu mcmane. Yg orang kata boleh putus urat tu. Lagi stress bila bukak fb ni kawan mama semua dah selamat bersalin. Due nak dekat dah. Kalau boleh mama taknak la over due, nanti kena paksa. Orang kata sakit. Stress la bila baca "alhamdulillah isteri saya dah selamat bersalin". Mama terus cakap dgn papa. Dah la taknak bukak fb. Stress. Semua bini dah bersalin, bini kau bila nak bersalin apis ?? Hahaha

Ok lagi 2 hari nak due dah ni. Takde pun tanda lagik. Asyik la false contraction. Bila dah sakit tu malam je sibuk ready nak pegi hospital. Bila dah get ready nak gerak, hilang pulak sakitnya. Antara usaha mama papa nak bagi sofea keluar cepat, esok dah due ni. "Jom la kita pegi uptown, kita jalan sampai penat. Sampai rasa nak beranak" haha punyalah usaha kan. Kalau pegi mall, cepat sangat tutup. Kita pegi uptown je. Alhamdulillah usaha berhasil. Pagi subuh pecah air ketuban.

Tepat 7/3/2015. Macam ni rasa pecah ketuban eh. Tapi tak sakit pun. Mama sempat mandi, makeup, pilih baju semua baru pegi hospital. Papa stress tengok. Dia la yg paling nervous. Haha sampai hospital. Macam biasa la cek ctg semua. Bukaan 2cm. Penat aku jalan malam tadi baru bukak 2cm je. Adoii la. Terus la admit wad. Mama tak sakit lagi. Kat wad tu boleh gelak gelak dengan papa. Asyik keep question bila nak sakit ni. Bila nak sakit. Start pukul11 pagi dah rasa sakiy tp tak sangat. Sikit je sakit. Lama lama sakit tu makin kuat. Haaa ambik la. Nak sangat sakit kan. Pukul4 ptg bukaan 4cm. Terus la kena masuk labour room. Mama sempat makan bubur mcd, milo ais sebab nak bagi tenaga kan sat lagi nak meneran. Cehh konon je. 

Sampai labour room, cek bukaan lagi rupanya baru 3cm. Oii dah sakit mcm ni baru 3cm ke ? Kecewa. Dahla nak cek bukaan tu sakit. Perut kita sakit. Yg lagi best bila dah kat labour room nak buang air kat atas katil tu jugak. Perghhh. ade ke patut ?? Teruslah sakit dan sakit dan sakit dan sakit. Kesian kat papa masa ni, mama tarik, pulas2, cakar2, tangan dia. Tarik baju dia sampai nak koyak. Hahaha tangan dia mcm nak tercabut mama kerjakan. Besi katil yg sejuk tu mama boleh panaskan. Dia punya sakit tu tak terluah. Sempat lagi papa cakap "tadi sayang yg nak sakit kan, haa asyik tanya bila nak sakit. Ni dah sakit la ni" hahaha bila dengar rasa nak marah tp kelakar. Mama sempat cakap "nak mati dah ni b, sakit sangat ni. rasa macam nak mati" kikikiki sampai harini papa suka ulang ayat ni. Suka ulang tayang adegan tahan sakit mama kat labour room. Macam nak campak muka dia pakai kasut. Orang tengah sakit dia boleh tanya "sayang, nak anak lagi tak ?" 

Sampai la bukaan 6cm mama dah tak tahan. Suruh cakap kat nurse dah nak meneran. Sebenarnya kena tunggu sampai 10cm tp dah tak bole tahan sakit sangat. Alhamdulillah proses meneran mudah senang je sofea keluar. Mama nampak sofea keluar laju je, kulit biru2, dengar sofea nangis, nurse letak atas dada. Mama pegang sofea, rasa panas je. Bibir sofea merah. Papa azankan. Terima kasih Allah untuk semua nikmat yang Engkau berikan. Alhamdulillah. anak mama keluar sihat sempurna. Mama papa bagi nama Sofea Nur Naylie. Semoga jadi anak yang baik.

Yang mencintaimu,
Mama



1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)