Sunday, August 25, 2013

107. Good morning teacher.

Assalamualaikum.

Malam ni rasa macam nak taip entry, tak sedar yang report still lagi blank taktau nak conteng apa. haha dah lama nak taip entry ni tapi belum ada masa, sekarang ni pun sebenarnya takde masa tapi disebabkan malas melampau. semua tak jadi. 

19 September 2013

Start pengalaman baru yang tak pernah terlintas or terdetik dalam fikiran nak jadi seorang guru. sampai sekarang pun still mood tak bole nak percaya lagi hehehe pengalaman yang tak akan aku lupa sampai bila bila. Fisrt day, berdebar dia jangan cite lah. tapi alhamdulillah semua ok, aku rasa kekok sikit sebab memang takde langsung pengalaman mengajar. aku ingat lagi first day hari isnin ada perhimpunan, masa kat perhimpunan tu jadi tumpuan sikit sebab aku perasan budak budak semua tengok aku muka pelik. maybe sebab orang baru lagi, so diorang tertanya sapa la budak yang over tinggi sangat tu hahaha ( ni sebab abang loq pesan suruh pakai heel padahal cikgu tu semua slumber pakai kasut school je ).

Kenangan first day yang tak akan aku lupa bila masuk class tahun 1 diorang tengah siapkan homework maths, bila sorang budak nama Ali ni tanya aku

Ali : Cikgu, satu tambah satu berapa ?
C : Cuba Ali keluarkan tangan, angkat satu jari lepas tu satu lagi jari. haaaa berapa ni ?
Ali : Eh Eh bukan macam ni lah cikgu.
C : Habis macamane pulak ? betul la ni. satu tambah satu sama dengan dua lah.
Ali : Satu tambah satu gwiyomi.
Dua tambah dua gwiyomi
Tiga tambah tuga gwiyomi.
( sambil buat aksi gwiyomi )
C : Hahahahahahaha kenapa comel sangat ni Ali :) 

Dapat je jadual baru, class start pukul 8.30 pagi. aku dah di arahkan masuk class untuk pengenalan. perghhh even aku ajar budak tahun 2 tapi nervous dia, bukan nervous sangat la tapi kekok. kalau ada cctv masa tu mesti orang dok gelakkan aku. habis semua ketupat lemang kuih kerepek meriam buluh keluar untuk jadi topik aku nak tarik perhatian budak budak ni. 

Secara jujurnya, mula mula aku rasa terbeban sikit sebab aku tak mengajar subjek dalam bidang aku. so aku takde idea sangat nak ajar apa. jadi macam stress pikir nak ajar apa, revision terhad, rekod cikgu yang bercuti pun tak update sangat susah aku nak revise balik apa yang patut aku ajar. lagi pulak aku tak berapa minat jadi cikgu ni, di sebabkan nak dapat pengalaman baru aku try jugak.

Tapi lama lama, dah seminggu aku mengajar di Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 7 aku rasa best seronok sayang mencabar semua lah, dia macam mix feeling everywhere. dalam sekolah aku di panggil ' cikgu isma ' hahaha macam tak percaya. murid sangat respect dengan orang yang bergelar 'cikgu'. 

Tiap pagi sampai je sekolah, aku nak naik tangga pejabat. MESTI anak anak murid akan datang, nak salam tangan ( memang hari hari kena sapu losyen la hehe ). Bila aku bawak beg, diorang offer nak tolong, dalam class diorang ni sangat comel. bila nak balik mesti nak salam even bukan waktu aku mengajar. disebabkan aku ni kategori cikgu yang belum pandai nak marah marah, cakap pun lembut hehe semua budak macam suka cakap dengan aku. siap ada yang tanya ' Bila cikgu nak masuk class saya lagi ' aku rasa something yang aku rasa tak semua orang akan dapat rasa pengalaman macam ni. Syukur.

Harini aku baru balik kem untuk budak UPSR, lepas balik kem ni perasaan tu lagi dalam. cehhhhh hehe serious, aku rasa seronok bila dapat kumpul dengan cikgu cikgu lain. aku dah start mesra dengan semua cikgu. diorang sangat happening bila buat gathering dah macam satu family. semua cikgu dalam sekolah tu macam satu family yang saling care each other. besttttttt ! 

Alhamdulillah aku terpilih untuk jadi 'cikgu' walaupun sementara tapi pengalaman ni sangat berharga. 






Isma ;


No comments: