Monday, August 26, 2013

108. Terima kasih google kesayanganku

Assalamualaikum.


Malam ni rasa nak cite lagi pasal murid tahun satu hehe tadi ade satu jam class dengan ali, fadhilah dgn haziq. so bila tengok subjek bahasa arab ni bagi diorang latihan lepas tu bagi faham dah siap tu waktu berbaki, aku sibuk la kacau budak budak ni. dalam class tahun satu ni ade 3 orang je ( memang penerokawati dah tak mo beranak lagi haha ) 

Aku tengok ali syok dok main game dia, ade lagi 15 minit. aku tengok fadhilah dengan haziq sibuk main lipat lipat kertas kaler kaler. 

C : Haziq, cikgu nak satu kertas bole ?
Haziq : Boleh, cikgu nak buatpe ?
C : Cikgu nak buat burung.
Haziq, Fadhilah : Nak nak nak !! cikgu ajar la saya.
( Cikgu yang confident level tinggi menggunung ni sibuk la dok lipat kertas )
C : Ha sini duduk dekat cikgu ajar macamane nak buat burung.
tiba tiba ....
pusing sini tak boleh
pusing sane tak boleh
lipat kiri salah
lipat kanan salah
garu garu kepala.......
Haziq : Cikgu ni macamane ?? hancur dah kertas saya
C : Eiii sabar lah, cikgu pandai ni buat burung... kejap ni cikgu nak ingat balik la ni
Fadhilah : Cepatlah cikgu.... ni macam nak buat tiang gol je
C : Eh kamu ni, sabar la cikgu tengah pikir ni haaa
Haziq : ala cikgu tak pandai kan kan. ala cikgu cakap jela cikgu tak pandai buat
C : Ehhhh pandai.... sabar kejap ni
3 minit berlalu ....
murid dah buat benda lain, cikgu dok sibuk lipat lipat
last last aku bukak phone, google......diam diam murid jangan sampai nampak. malu !
C : haaaaaaa !!! cikgu dah ingat. hehehehhe


Goodnight :)



No comments: