Wednesday, July 31, 2013

106. Resepi nasi beriani ayah isma.

Hai !
ok terus pegi cerita pasal nasi beriani ayah ni, sepanjang ramadhan ni saya kena tolong ayah jual nasi beriani. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. hehe sebab mungkin ayah dah biasa masak kat rumah orang kawin, orang buat kenduri akikah, doa selamat dan macam macam lagi. sooo orang kampung dah kenal dengan rasa dia. nasi ni ade peminat dia yang tersendiri, ade yang dah beli sekali akan beli lagi dua tiga kali. wahhh hehe tapi yang tukang jual ni makan ade la sekali je, sebab mak punya masakan tiada tolok tandingnya. hihihi saya pilih makanan yang ringan untuk berbuka, kurang makan benda benda berat. ok ok dah taknak cite panjang, this is our original recipe. sila la baca ye :)

ini ade picture dari kakak saya yang dah pernah masak nasi beriani sendiri, tak sempat nak snap picture beriani ayah sebab dia letak dalam periuk besar, gambar kurang menarik hehe




Bahan untuk nasi :

3 cawan Beras basmathi - Ayah guna faiza moghul basmathi ( sukatan dia sama macam kita masak nasi biasa bersama air, hehe bole tak gitu ? sebab ni pakai tengok dan simpan dalam kepala, so taktau sukatan sebenar ) 
Air
Secawan Susu cair 
Garam, perasa
3 sudu Minyak sapi
Rempah tumis 3 sekawan
Pewarna kuning

Bahan tumis untuk masak nasi :

Bawang merah - 6 ulas
Bawang putih - 5 ulas
Bawang besar - seulas
Halia - sebesar ibu jari hehe
( semua bahan ni mix and blend semua sekali )

Cara masak nasi :

1. Panaskan minyak sapi, tumis rempah tumis sampai naik bau sedap fuhhhhh
2. Masukkan bahan yang blend tadi, tumis lagi sampai plus naik bau sedap tu
3. Masukkan air tunggu sampai mendidih
4. Masukkan garam dan perasa, kemudian beras ( pindah periuk ke rice cooker )
5. Bila nasi dah masak, masukkan susu cair, pewarna. Gaul rata
6. Nak sedap lagi masukkan kismis, gajus. ( untuk jual ni ayah tak masukkan semua tu, kecuali masak untuk katering je ayah bubuh semua ni )

Bahan untuk daging :
( ni pun saya takde sukatan, tengok ayah masak. agak agak lah kan bole agak tak hehehe )

Daging kambing, lembu, ayam 
Minyak sapi
Serai
Rempah tumis
Cili kering - blend
Tomato puri
Gula batu
Gula merah
Garam, perasa
Rempah bariani
Susu cair
Air
Bawang merah - blend
Bawang putih - blend
Halia - blend 

Cara masak :

1. Rebus daging kambing/lembu sampai empuk tak liat liat, pastikan daging betul betul empuk dan toskan
2. Panaskan minyak sapi, tumis rempah tumis, serai, bahan bahan blend sampai naik bau
2. Masukkan tomato puri, gula batu, gula merah, garam perasa, susu cair dan last sekali baru rempah bariani.
3. Bila bahan ni dah di campur, dah mendidih, naik bau superb dia, barulah masukkan daging yang dah di tos tu, make sure kuah kena lebih sebab lepas masukkan daging ni ayah saya akan biar daging masak bersama rempah tadi, didihkan dengan api perlahan.

Bahan untuk rojak :
( taktau orang panggil rojak ape hehehe )

Nenas
Timun
Lobak
Bawang besar
Lada besar

Semua bahan ni hiris nipis, tambah garam dan gula.


Dahhhh pun hehe, sorry especially for matahari aisya and bambam sebab tunggu lama untuk saya update resepi ni, ayah memang susah nak dapat dia duduk diam. memang nak dapat resepi dengan sukatan yang betul tu susah sikit, so saya sendiri tengok dia masak and lekat dalam kepala.
 tadaa !!! sorry sebab mintak korang agak agak sukatan dia, rasa dia simple sikit sebab this recipe untuk jual, tak sama dengan recipe kitorang masak untuk katering. ok love, try it ! hehe


cook with love, selamat mencuba :) 





No comments: