Monday, July 29, 2013

105. Resepi rendang negeri sembilan tok wan.

Assalamualaikum.

hai readers, salam ramadhan. saya nak share resepi rendang negeri sembilan, resepi ni saya dapat daripada kakak sebab mak mertua dia ni pure orang noghori. hehe ni masa saya kat sarawak, saya ade simpan picture rendang yang saya masak khas untuk kak asma. rendang ni sedap makan dengan ketupat raya nanti. saya suka sebab dia ade rasa pedas pedas cili padi sebab kita kena guna cili kering campur cili padi. sape sape yang suka pedas macam saya, bole try resepi nenek moyang ni. saya pasti sangat, nak buang kuah dia pun sayang. hehehe 


RESEPI RENDANG NOGHORI SEMBILAN TOK WAN :

Bahan bahan :

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Lengkuas
Cili padi
Lada kering
( Bahan ni semua blend jadi satu )
 Rempah tiga sekawan
( Buah pelaga, bunga lawang )
Serai
Ayam
Santan cair
Santan pekat
Kerisik
Rempah kari
Gula 
Garam
Serbuk perasa
Daun kunyit

Cara cara :
1. Tumis rempah 3 sekawan tadi dengan minyak sampai naik bau. aicecehh hehe
2. Titikan serai, masukkan serai
3. Masukkan bahan yang dah di blend tadi, gaul gaul rata masukkan serbuk kari
4. Tumis tumis sampai pecah minyak
5. Masukkan ayam, lagi sedap guna ayam pencen/tua 
6. Gaul rata dengan rempah tadi dalam 10 minit tuangkan santan cair
7. Masak sampai ayam lembut, kalau pakai ayam muda tak payah tunggu lama sangat nanti isi ayam hancur
8. Masukkan kerisik, masak lagi sampai kuah pekat masukkan santan pekat
9. Masukkan garam, gula, serbuk perasa
10. last but not least, masukkan daun kunyit.

yeyy ! dah siap ..... hehehe
ni rendang feberet masa raya selain rendang mak, saya akan ngap yang ni dulu.

Selamat mencuba. 







No comments: