lama dah tak update, now blog ni di private kan untuk sementara waktu. tapi saya nak share sikit apa yg saya dapat malam ni. saya rasa saya nak tambah solat sunat dalam aktiviti harian saya. mungkin ni baru permulaan. saya harap sangat hati ni tetap begini, sesungguhnya saya lemah. hati ni sangat lemah lagi. tujuan saya letak dalam blog ni, saya nak bagi diri saya sendiri ingat untuk buat solat dhuha. InshaAllah saya akan laksanakan ia dengan sebaik mungkin, tak kira waktu. Aminn.
Pertama sekali hukum melakukan solat sunat dhuha iaitu sunat. Solat sunat adalan antara solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan seharian. ye bila baca kebaikannya, hati ni mula bermonolog. hmmm :)
Solat dhuha juga adalah amalan yang berbentuk sedekah, memberi rezeki kepada kita setiap hari (rujuk waktu kita disunatkan melakukan sunat dhuha), mendapat pahala sama dengan orang yang mengerjakan haji dan umrah, ia solat bagi orang yang bertaubat dan banyak lagi.
Waktu melakukan solat sunat dhuha ialah pada ketika matahari sedang naik iaitu lebih kurang pukul7pagi sehingga 11pagi. dan lebih afdal semasa matahari panas terik.
Niatnya pula ''sahaja aku solat sunat dhuha kerana Allah taala''. solat dhuha boleh dilakukan sebanyak 2 sehingga 12 rakaat dengan satu salam di setiap 2 rakaat atau 4 rakaat.
Caranya pula,
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Marilah sama sama kita amalkan buat solat sunat ye :) baby ni sangat lah comel. nak pingsan aku tengok. hehe andai ade yang terkurang mohon maaf. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment