Friday, December 14, 2012

88. Tragedi di Disember 11.12.12


     Seminggu sebelum kejadian ada sesuatu yang jadi pada saya, yang buat saya lupa. Saya ni manusia biasa yang tak kan terkecuali untuk lakukan dosa walau sekecil zarah. Hati memang tak tenang kalau hati kita ni bersangka buruk, sakit hati, kita mula jadi hilang pedoman. Ikutkan hati mati. Allah akan tarik nikmat yang Dia bagi sekelip mata tanpa kita duga kalau kita tak tahu nak bersyukur. 

10.12.12 - Saya dah buat sesuatu yang saya rasa saya takkan ulang lagi kesilapan tu. Jadikan ia sebagai satu pengajaran. In syaa Allah.

11.12.12 - Pagi tu macam biasa saya pergi kerja. Masuk office macam biasa. Tergerak hati ni nak tanya Lisa :
'' Lisa, tau tak kedai manik kat Kulai ni ? ''
'' Tau tau. nanti lunch hour kita pergi eh. Aku tunjuk kau jalan. Nanti senang kau nak pegi beli lagi ''
'' okay lahh. nanti tunjuk eh ''

      Masa ni seperti biasa officemate yang lain pun sibuk nak ikut sama. Faz, Azreen, Suzi, Ira. Decide nak pergi masa lunch nanti. Lepas lunch tu saya tak ingat langsung pasal janji tadi tapi Lisa bagi tex. Dia tunggu saya kat bawah. Masa tu lahh saya baru teringat yang saya ada janji dengan diorang.   Bukan seperti biasa, saya capai kunci kereta dan terus jalan menonong tak ajak pun yang lain. Hati ni berat sangat nak ajak diorang, padahal selalunya pantang dengar saya nak keluar yang lain memang akan ikut saya. Harini saya rasa berat hati, dalam hati saya '' tak payahlahh ajak diorang, Faz boleh solat. Nanti kesian dia masuk office lambat '' Jadi saya tak ajak yang lain jugak.

     Turun je bawah, Lisa dengan Suzy dah tunggu kat kereta. Lisa duduk sebelah saya, Suzy duduk belakang tapi dia betul betul kat tengah antara pemandu dan penumpang yang duduk depan. Lepas siap beli manik. Saya keluar simpang. Masa tu jalan  ada 2 way. so, saya berada di kiri dan bagi signal ke kanan. signal saya tak matikan dan terus ke kanan untuk belok ke kanan. Sampai kat simpang tu signal saya masih lagi ke kanan dan masa tu depan saya ada kereta waja yang sama nak belok ke kanan. Saya tunggu kenderaan sebelah kiri lengang untuk belok ke kanan. kerata saya tak bergerak. Tiba tiba....

'' Ya Allah. Ya Allahhhh !! ''

Ni je ayat yang mampu saya ucap masa kereta saya berdentum kuat. saya masih tak pasti apa yang jadi. kereta terpusing.

'' Ya Allah, sape yang langgar aku ni ya Allah, apa salah aku !! ''
'' Sabar isma sabar. kita kuar kereta dulu ''

       Masa tu saya pandang belakang, kereta saya dah remuk. Airmata terus mengalir laju sama laju dengan darah yang keluar. Saya tak hiraukan luka. Saya tak hiraukan kereta. Saya keluar kereta, yang saya nak tau sapa yang langgar saya. Kenapa dia langgar. Saya terus pegi cari pemandu kereta belakang. masa tu saya nampak dia tak keluar langsung. cermin kereta tertutup. memang saya marah. saya tak salah.

'' Keluar kau sekarang !! ''
'' kenapa kau langgar aku ! ''
masa ni pemandu bukak cermin kereta dia separuh je. Dia nangis teresak esak.

'' Kau nampak apa jadi kat kereta aku ?? ''
'' kau buta eh ''
'' kau pandang muka aku ni, kau bawak kerata laju kan !! ''
'' sabar isma sabar. dia perempuan jugak isma. sabar ''
'' sabar dik. bukak cermin mata tu dulu. darah keluar tu ''
Tuhan ye yang tau hati aku yang sama remuk dengan kereta tu.







        Orang dah ramai yang datang tengok. kebetulan kawan Lisa polis kat kulai. Lisa mintak dia tolong. Semua orang suruh saya pegi klinik berdekatan. tapi saya masih tak puas hati dengan orang yang langgar saya tu. saya tunggu dia kat situ walaupun darah dah penuh muka. lepas orang ramai pujuk saya, barulah saya berundur dari kereta dia. saya berjalan ke klinik dengan hati yang sebak. memang susah nak di gambarkan. saya terbayang muka mak, ayah, abang, kak noe, hafiz. sebelum saya berundur dari tempat kejadian tu 

'' encik tolong saya. jangan bagi dia lepas ''
'' okay awak jangan risau. awak pegi klinik tu dulu. saya akan bawak dia pegi balai ''

     Dalam klinik tu saya rasa macam nak pengsan. Nurse tu kata doktor rehat, dia cuba bersihkan luka saya. Masa tu tak rasa sakit sangat.

'' ehh luka awak ni dalam lah. saya rasa sini tak boleh buat. awak kena pegi pakar ni dekat sangat dengan mata ''
'' ya allah apa lagi dugaan ni ''

Ambulans sampai. staff office saya pun sampai. saya bagi kunci kereta kat diorang. saya dah tak mampu buat apa apa dah. redha. saya tunggu abang sampai. selamat lah abang cuti masa tu. Dalam perjalanan ke hospital tu air mata ni tak berhenti lagi mengalir. Luka dah rasa sakit. sampai je hospital saya terus masuk emergency room. memang ambik masa sikit nak tunggu doktor. bila doktor sampai dia tengok luka saya.

'' doktor, luka deep ke ? ''
'' yes, deep. awak kena jaht ni ''
'' boleh ke jahit kat mata ? ''
'' tulahh dekat sangat dengan mata, kita cuba lah. saya nak sorang lagi staff bole tak ? saya takut dia meronta lah ''
ya Allah...... jantung aku macam nak tercabut.
datang sorang lagi doktor perempuan. 
'' saya rasa tak boleh buat kat sini. awak kena hantar pegi johor ''
'' ha ? tak de cara lain ke doktor. kalau kena jahit saya tak nak buat kat sini ''
'' okay kalau macam tu saya gam je lah. kat muka banyak sel darah jadi saya rasa luka cepat sembuh ''

Luka saya kena gam je. manusia pun bole kena gam gam kan. macam gam kasut. lepas dapat rawatan tu. saya cuma di beri cuti 2 hari. '' gila lah doktor ni ''
saya nampak abang dah tunggu kat luar. ambik ubat. kena RM1 sahaja. sampai je rumah mata tak bengkak lagi. ramai kawan kawan yang datang tengok, terima kasih semua. tuhan je dapat balas budi baik korang semua. Faz sampai dengan muka yang sedih, sayu hati.

 '' isma patutlah aku pelik kau tak ajak aku tadi ''
'' yelahh faz. hati aku berat sangat. kalau kau ikut aku tak tau apa jadi kat korang ''

Malam tu saya tidur tiba tiba kuar darah. saya rasa luka ni tak bole gam je. memang kena jahit. pagi tu saya bagitahu abang nak refer pegi specialist, pagi tu saya pegi specialist. kat sana saya memang takde pilihan. mata saya memang kena jahit. doktor buang gam tu. nampak luka lagi elok daripada sebelum tu. 

Sekarang saya redha dengan ketentuan Dia. apa yang jadi ni ade hikmah. 2 minggu sebelum saya tunang. Sesungguhnya apa pun dugaan tu buat kita ingat Dia yang maha esa. Dia maha mengetahui. 


salam sayang, 
isma.
14.12.12









      

No comments: