Sunday, December 9, 2012

87. Perasaan dan jiwa saya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah persiapan untuk majlis tu sudah siap 90%. Walaupun ianya majlis yang kecil dan ringkas tetapi ia sangat bermakna pada saya dan dia. Tuhan je yang tahu apa yang ada dalam hati saya pada saat ini dan ketika ini. Tak sangka orang yang saya suka 10tahun dulu, dia bakal menjadi suami saya. Syukur tuhan. Kau berikan berbagai bagai dugaan untuk kami tempuh. Bagi kami peluang mengenali hati budi dalam masa yang agak lama. Saya bersyukur ya Allah kau berikan kebahagiaan ni. 

'' Ni last kita jumpa sebelum kita tunang ''
'' Eh yeke ? sekejap je kan. Nanti sekejap je dah setahun ''
'' Lepas ni kita dah tak jumpa tau, tunggu 22hb je nanti. Kalau ada apa yang kurang, bagitahu ''
'' Alaaa tunang je. Bukan ada effect pun. Bukan macam kawin tu. Lepas kawin ada la jugak perbezaan ''
'' Walaupun tunang je. Kesan dia besar dalam diri saya ''

Masa awak cakap tu, saya baru tersedar yang saya bakal jadi tunang orang. Saya perlu lakukan perubahan. Saya mungkin tak luahkan melalui kata kata. Gelaran tunangan orang, ade effect yang besar dalam diri saya. Ini bermakna 50% saya ni bakal isteri awak. Bakal ibu kepada anak anak awak. Bakal menjadi anak kepada dua orang tua awak. Bakal menjadi kakak kepada adik adik awak. 

Walaupun pada mulanya saya sedikit ragu ragu dengan keputusan ni, tapi Alhamdulillah tuhan beri saya satu jalan yang mudah. Hati saya kuat mengatakan awak adalah yang terbaik yang boleh jaga saya dengan baik. In syaa Allah. Banyak perubahan yang kita patut lakukan. Banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh. 

Saya tahu, saya akui. Awak banyak sabar layan saya. Banyak dah yang saya buat untuk uji kejujuran awak untuk jadikan saya sebagai isteri. Walaupun saya masih belajar, awak tak jadikan benda tu sebagai alasan. Untuk kita menuju ke arah tu, kita perlu tempuh banyak cabaran. Long distance relationship. Awak bekerja, saya masih belajar. 

Saya terharu bila awak sangat memahami :

'' saya masih belajar. Takpe ke ? Awak sorang yang cari duit nak kawin ni ''
'' Takpe sayang, jangan risau pasal tu. Yang penting belajar betul betul ''
* Tuhan je yang tau hati saya masa ni.

Keputusan muktamad pihak universiti yang batch saya tak dapat nak buat intersesi. Maksudnya, saya kena extend satu semester lagi. Sedih tapi saya yakin niat kita baik. Tuhan mesti tolong kita. Keputusan tu dah lama keluar. 

'' awak, saya kena extend satu semester lagi, maksudnya saya tak boleh kerja sebelum kawin ''
*target saya, saya perlu habiskan pengajian sebelum berkahwin.
'' saya dah tau lama. hari hari saya bukak email awak ''
'' ha ? kenapa tak bagitau ? ''
'' saya taknak awak down. awak tengah intern kan. saya nak awak baca sendiri ''
'' habis macamane ni. Saya nak kerja dulu '' *sedihh
'' saya dah bersedia sejak saya melamar awak dulu isma, saya tau awak masih belajar. saya akan cuba yang terbaik untuk awak. Yang penting awak kena habiskan belajar. Saya akan pastikan masa majlis konvo awak nanti awak dah jadi isteri saya ''
* Ya Allah aku bersyukur dia sangat memahami.

Walaupun saya ni bukan jenis yang pandai meluahkan isi hati saya kat awak tapi saya nak awak tau yang saya sentiasa berdoa, semoga hubungan ni berkekalan. Bahagia akan bersama kita. Saya cuba jadi yang terbaik untuk awak. Saya harap dengan usaha awak ni dapat bakar semangat saya untuk habiskan pengajian nanti. Macam sekarang, saya cuba habiskan intern dengan baik. 

Tinggal berapa hari je lagi kita akan jadi ' tunang ' . Saya harap hubungan kita akan jadi lebih baik. Start dari 22hb Disember 2012 saya akan cuba jadi yang terbaik. Sehinggalah kita disatukan nanti. Insyaa Allah. Amin.


No comments: