Saturday, July 28, 2012

71. Kahwin muda itu indah.

Assalamualaikum.

K.A.H.W.I.N M.U.D.A

Ehem . tajuk entry sudah cukup untuk menjelaskan apa yang bakal saya sampaikan. hihi act saya tak tahu berapa ramai kawan kawan yang mengikuti blog saya ni. *silent readers. and berapa ramai jugak kawan kawan yang dengar rumors kat luar sana yang saya bakal mengakhiri zaman single. cewahhh :) ade yang kata dari makciks makciks. ntah makcik mane yang heboh. dah macam retis dah. huu ade yang kata dari ayah sendiri tapi setahu saya ayah pendiam orangnya. jarang jarang dia nak heboh, melainkan dengan kawan rapat dia. ok ok ok. bagi semua puas hati, saya cerita sikit lah. ye. memang saya bakal mengakhiri zaman single mingle tak lama lagi. halamakkk macam tak caye kan. hihi tapi bukan masa terdekat ni. lame lagi. bagi saya habis belajar ye. nanti sampai masa saya akan bagitau semua. jangan risau. 

semuanya masih dalam perancangan. kita ni merancang, Dia yang tentukan. doakan lah jodoh kami ye. cite pasal kawin muda ni, awal awal dulu masa nak decide. 

nak terima ke tak ni ? aku habis belajar pun tak lagi. 
mampu ke aku ? 
boleh ke aku pikul tanggungjawab ni ? 
betul ke dia yang aku pilih ? 

dugaan mase nak buat keputusan tu sangat lah besar, sampai satu tahap saya nak lari jauh dari semua tu. tapi semuanya berubah, ya mungkin saya telah di pilih oleh Allah untuk melayari bahtera ni terlebih dulu dan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang semakin berat ni.

Biasanye bila kita dengar muda muda dah nak kawin ni, orang dok heboh cakap '' eeee muda muda dah nak kawin, dah gatal eh '' dan mesti ade yang pernah berniat untuk tidak berkahwin. isu kahwin muda ni saya tak pernah pandang negatif. sebab, kawan baik saya sendiri kawin muda. dah ade baby yang sangat comel. dia nampak lebih matang. pernah jugak saya tengok dia uruskan baby dia, dalam hati ni terdetik '' betul lah, Allah maha mengetahui ''. mungkin Allah pilih dia untuk dia jadi lebih matang, bijak atur hidup. bukan untuk dia, mungkin untuk orang lain jugak.

Kawin muda itu indah ..

kelebihan nikah :

saat akad nikah - dapat PAHALA !
suami peluk isteri - dapat PAHALA !
cium isteri - dapat PAHALA !
renung isteri - dapat PAHALA !
suami cari rezeki halal untuk isteri - dapat PAHALA !
suami pegang isteri - dapat PAHALA !
suami bernafsu tengok isteri - dapat PAHALA !
suami marah isteri ( menegur ) - dapat PAHALA !
suami imamkan isteri - BERKALI KALI DARAB CAMPUR kali kuasa dua PAHALA  !

see ? hihi kita jugak boleh jauhkan diri dari dosa. halalkan benda yang haram. this is fact, yang kawin itu indah. mereka insan terpilih untuk melayari bahtera yang sangat indah yang di kurniakan oleh Allah. tanggungjawab juga sudah bertambah, bagi perempuan macam saya. perlulah belajar masak. perut suami perlu di jaga, kalau dulu boleh lah lepak kedai bedal nasi paprik berpinggan pinggan. hehe

lepas kawin. boleh lah cakap " Ohhh. I'm proudly MARRIED '' hihi

sape kata kawin muda tu susah ? tak bole berjaya ? tak bole bekerjaya ?
Dian pelangi kawin muda bole jadi fashion designer terkenal kat indonesia.
Irine Nadia kawin muda even still study dan dia ade blogshop yang femes.
Dena Bahrin juga kawin muda.
Farah lee kawin muda even still study kat korea.
nak include my BFF,
Maslina kawin muda, dah ade baby comel dan hidup bahagia di samping suami tersayang.
Didie bakal kawin muda, and her future husband juga masih muda. hehe
* click link tu bace lah luahan hati diorang bila sah bergelar isteri :)



terima kasih sangat kat mak ayah, and semua siblings yang sangat memahami. tak tertanggung takutnya bila nak luahkan perasaan untuk berkahwin. lebih lebih lagi saya masih belajar, memang susah. terima kasih kat kak long yang sangat sporting, yang banyak membantu kami, yang banyak bagi nasihat, yang dengar luahan hati kami, yang sudi lapangkan masa untuk kami, yang sanggup tahan dengan karenah kami, untuk kami jadi lebih matang. terima kasih ! ni dari saya dan hafiz. ikhlas, memang kak long banyak membantu. belajar masak dengan sungguh sungguh. promise ! T_T
* tengok kak long bijak uruskan rumah, masak, anak anak, jarang jarang bergaduh dengan along. sangat teruja ! hihi

bila dah pikir pasal kawin, saya janji dengan diri sendiri. saya akan jadi lebih matang, insyaallah. saya tak akan abaikan pelajaran. besar macamane pun dugaan datang, belajar tetap belajar. itu tanggungjawab saya sebagai anak. alhamdulillah sehingga ke harini saya tak pernah campur aduk pelajaran dengan benda lain. 




Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:



"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"


(riwayat Al-Bukhari)














2 comments:

Mamamya said...

pengalaman yg akan mengajar kita utk jd lbh matang... ;)

My Bloggie ! said...

yep. takkan lupa. insyaallah :)