Friday, October 26, 2012

84. my sweet story @ YB management services

Assalamualaikum.

Lama dah tak mengarang dalam blog ni. kekangan masa yang buat aku lupakan facebook, blog dan yang sewaktu dengannya, hehe actually aku happy sangat dengan life aku sekarang. Alhamdulillah. aku happy dengan kerja. aku happy dengan dia, buah hati kurniaan tuhan. aku happy dengan kawan kawan. hari hari aku disini dengan benda yang buat aku rasa, '' ye aku dah rasa life style aku dah tak sama macam dulu'' . means, dulu pegi class balik class. asignment. test. quiz. grrrrrrrrrr.

1. Hidup lebih bahagia di sini.

now. aku sibuk habiskan masa dengan kerja. monday untill saturday kerja. so aku habiskan weekend dengan refill masa tidur aku. tu pun bila kerja on monday still rasa penat last week tak hilang lagi. macam buruh kasar kan. hehe padahal kerja dalam ofis je tu. pada aku, aku seronok kerja. jujur, aku suka kerja daripada belajar. aku rasa life aku makin teratur. tajuk atas tu macam aku happy gila kat sini kan. haha tuhan je yang tau.

2. Kadang kadang yang pahit tu kita kena telan.

aku pelik bila aku dengar keluhan dari trainee lain yang tak suka dengan kerja diorang, yang mengeluh sana sini, semua ade je yang tak kena sampai satu tahap diorang nak tukar tempat praktikal. aku tak pulak rasa macam tu. sebab pada aku semua company pun sama. ade cabaran n kekurangan sendiri. aku akui. first month kerja memang satu cabaran yang aku rasa sangat la mencabar keimanan dan kesabaran aku. kitorang semua 'zero' masuk ofis tu. then, first job aku audit dormant company. aku yang buat semua dari awal sampai habis. kepada yang dah biasa, memang mudah je audit dormant company kan. tapi pada aku yang baru nak bertatih ni. sangat sangat la mencabar. aku suka tanya. ye. aku memang tak malu nak tanya. sampai aku kena duduk sebelah sorang staff ni bawak stationery semua, sebab aku suka tanya dia. alhamdulillah dua hari je aku siap buat audit tu. INTERNATIONAL FURNITURE EXPO ORGANIZER SDN BHD company pertama yang aku audit. lepas tu aku tukar buat account pulak. guna UBS. lagi seronok ! hehe

Ade jugak kawan kawan aku tanya '' isma kau ok ke kerja ? kau memang suka account eh. happy je aku tengok ''  bukan aku tak stress. aku ok sebab aku malas nak pikir, kena marah, kena tengking, sebab ape ? sebab kita buat salah. diorang staff. kita ni macam anak murid dia. kat sekolah pun ade jugak cikgu yang garang kan. same je. marah. tak puas hati. mesti ade. so, buatpe nak stress sangat. aku happy jelah. lagi satu aku memang suka ketawa. hahaha kan dah belajar ethic dulu. how to handle your stress ?? :)


kalau aku bukak balik CAF ni. aku nak gelak. banyak sangat liquid paper. hahaha tapi rasa bangga sikit la bila tengok nama person incharged tu 'ISMAZARITH' hihi

3. Makian dan Pujian akan buat kita maju ke hadapan.

sampai la harini aku buat account. start dengan enter opening balance sampaila habis. hire purchase, asset, expenses, sales, purchase,etc alhamdulillah aku dah penah buat semua tu. dulu, aku selalu kena marah tapi harini lepas 3 bulan aku belajar kat situ. aku dah tak banyak kena marah. mira selalu marah aku '' isma kalau tak tau, cuba pikir !'' and aku amat berpuas hati la bila mira tengking aku tu buat aku lagi improve. baru baru ni mira ade cakap '' aku puas hati dengan kerja kau'' aku tak kan lupa nama company ni ' ICHIBAN MARKETING SDN BHD' . Thank you mira :). kerja kat company yang tak berapa besar ni, aku banyak kena buat sendiri. resit semua macam hape, payment voucher bercampur campur. memang pening. kadang kadang satu hari aku jadi pendiam. sebab otak aku berfikir. makan pun tambah dua pinggan. agagagaga

4. Kalau kita minat mesti okay. ceramah agama pun jadi seronok

kepada kawan kawan yang still rasa boring dengan kerja diorang aku harap Allah dapat timbulkan minat dalam hati diorang. aku banyak kali dengar orang kata bidang aku ni mencabar, takde life sangat. ye sekarang pada aku yang still bergelar student ni memang takde life sangat, lepas kerja terus tido. tu jelah hari hari. ade la jugak kadang kadang pegi JPO, tengok movie, shoping lepas balik kerja kalau kat ofis takde kerja sangat. so, kenala tanamkan minat dalam hati. aku pasti kalau kita minat. ape pun yang kita buat mesti kita happy. even aku kena tengking, kena angkat fail berat berat, kena cari dokumen yang menimbun, kena susun fail yang banyak nak mati, semua tu tak jadi masalah kalau aku minat. 

5. Belajar tetap belajar. 

sampai satu tahap aku rasa aku taknak balik belajar semula. kadang kadang bila tengah belajar ni ade masalah lain, masalah dengan kawan kawan, masalah dengan paper yang tak clear semua. kalau kerja ni kita just pikir macamane nak improve kerja kita, nak hadapi cabaran kerja, kalau kita bijak hadapi semua tu mesti ok kan. sebenarnya, sama je kerja dengan belajar. yang penting kita kena bijak nak handle semua kekangan yang ada. best la sekarang. tak banyak pikir masalah remeh. kerja. balik. tido. makan. hehe

6. Kau hentam aku bagai nak mati.

pukul9 pagi masuk kerja. 
pukul12.45 kena rehat, TEPAT TAU ! kalau tak kena marah. sampai pukul1.30 SAHAJA. solat macam lipas kudung. hehe
pukul6.15 balik. 
SATURDAY on okay.
Tak boleh On call semasa bekerja.
Phone lagi bagus kalau silent.
Facebook nak pandang lambang F tu pun harapan. tak boleh online !
ade sekali aku termenung tengok PC. terus kena tukar tempat duduk depan SUPERVISOR. ambik kau !
fuhhhhh. dasyat tak ? hehe

7. Tanggungjawab untuk diri sendiri.

Barakallahulakuma. hee insyaallah dalam sibuk ni ade masa lagi aku pikir pasal kawin. ni jugak salah satu sebab aku takde rehat, weekend kena kerah beli barang barang semua, fitting baju, hantar baju. grrrrrr. mula mula sangat excited. dah lama lama. sibuk kan. hantaran aku letak bawah katil je. ntah bila nak sentuh. hahaha









done ! hehe 
selamat hari raya aidiladha.






2 comments:

Unknown said...

really miss u sis.... ;((((

My Bloggie ! said...

nak sangat pegi melaka kak :(