Monday, February 27, 2012

11. Variety of food at Sarawak.

Bila balik semenanjung rasa pelik sebab aku tak reti nak bangun pagi. hehe taktau lah kenapa. bukan salah aku ni. time zone dah bertukar kot. pagi pagi bangun perut lapar. then teringat makanan kat sarawak. hehehe biasanya kalau pegi jalan jalan mesti kita cari tempat makan yang sedap sedap kan. biasanya nak pilih kedai yang ade special menu. tapi lain pulak bila pegi sarawak. aku takut nak makan kat kedai. orang kata kalau was was jadi macam haram nak makan kan. aku memang rasa was was sangat lah. bukan ape. act kat sarawak kita susah nak beza orang tu non muslim ke muslim. dari luar nampak akak tu drive keta pakai tudung. bila tengok betul betul ade tergantung salib. haih. aku nak makan jadi tak lalu. gereja bersepah. susah nak cari masjid or kubur orang islam. majoriti semua kristian.

Memang takut nak makan kat luar. better aku pegi KFC ke MCD. daripada rasa curiga kan. cehhh. hehe ni bukan alasan nak makan sedap eh. Kak asma bawak aku try nasi ayam glamour la kat sarawak. aku tak was was coz kedai dia nampak macam exclusive sikit. hehe then dia punya pelayan semua pakai songkok. 

Tasty Chicken Rice Restaurant at Sri Aman Sarawak


Carrot milk with Lemon juice


Salad sauce chicken rice


Roasted Chicken rice 


Kak asma yang malu malu kucing. hehe

Kat sarawak banyak pasar yang biasanya datang dari kampung kampung kat sane. macam macam ade jual. benda yang pelik pelik. aku tak pernah nampak pun ade. makanan diorang ni tak same macam kat semenanjung. buah pinang pun jual sepah sepah. paling banyak buah rambai. memang best pegi pasar tamu or pasar satok. kat sane banyak la bole dapat hasil tanaman orang kampung. aku kenal dengan pucuk midin. act pucuk paku punya pucuk. ha macam tu lah. semua pucuk kalau bole diorang nak jual. hehe sedap ! sampai kakak aku teringin nak makan bila dapat MMS gambar pucuk midin ni.


pucuk midin.

buah buahan kat sane pun pelik. aku try rasa buah dabai. rasa dia ya allah ! aku pelik macamane diorang boleh makan sehhh . ehehee mase pegi kedai buah tu yang ade semua pelik pelik. so aku nak tambah pengalaman kan. try semua buah. tapi cukup 2 jenis je tekak aku dah kembang semacam. huhu aku rasa buah dabai ngan buah tisau jek. rasa dia memang peliks. orang tu kate buah dabai sedap makan ngan nasi. huh ?? lagi pelik. haha


buah dabai


buah tisau ( google )


Buah isuk

buah isuk ni aku tak nak rasa. macam nak muntah pun ade sehh. buah tisau tu rasa dia memang tak same macam mata kucing. taktau nak describe. meloyakan sungguh ! haha tapi orang sarawak mungkin rasa sedap. sebab diorang dah biase. macam aku ni baru first time memang tak biase. 


thanks for reading ! :)






2 comments:

Mamamya said...

serius takut nak buka n3 ni sbnrnya...huhuuuu..takut ada gmbr yg mmg x mo nak tgk...erkkk!!! nasib baik x dak..scroll slow motion jerk tau.... :P

owhhhh pucuk midin...geramnya tgk!

buah isuk...mcm durian jerk..x sedap ker???? buah tisau tu mcm buah nona la kan....

My Bloggie ! said...

bukan la. tisau tu macam mate kucing. hehe tak sedap. yang buah isuk tu tak nak rase. sebab rase dia memang pelik yang amat sgt. haha