Assalamualaikum.
sudah masuk hari ke tiga dik enon duduk di rumah tanpa melakukan aktiviti luar seperti biasa, aktiviti awal pagi dek enon makan sarapan pagi yang dah siap sedia di dapur. sungguh kau pemalas ! haha
yelahh. duduk segamat asyik muka aku je yang pegang senduk dengan periuk. bila balik rumah nak la jugak rasa orang masakkan untuk kita pulak kan. cuti yang panjang ni aku gunakan dengan sebaik mungkin coz before this, start je holiday aku jarang jarang spend time dengan family. biasanya aku akan pi la mana mana dulu. cuti berbalancekan 2 3 hari baru balik rumah . hihi bukan apa. bila tau je aku cuti semua sebok suh pi umah depa. nak tolak tak sampai hati. lembut sungguh hati. hee
cuti ni pun aunty aku yang kat batu pahat tu dah sebok call aku '' Bam. meh la datang sini. haikal ecited sangat tunggu awak ni '' adeiii. macamana nak tolak ni. ayah pulak dah remind awal awal '' cuti ni tak boleh pegi mana mana lagi. asyik nak berjalan je. tolong mak kat rumah sana !! '' ok bos saya akur. hehe so dengan berbudi bahasa dan sopan santun aku tolak la pelawaan aunty aku tu. maaf ye. nanti lain kali kita datang sane lagi ok. kita cuti lame nanti boleh jalan jalan lagi :)
abang pulak tex aku, during class '' Dik, jadi tak nak datang rumah abang ''. kak long pulak '' Dik, ayah tanya ni. nak balik sama tak. kalau nak balik melaka dulu '' adoiii cuti saya seminggu je ni bukan sebulan. takpe takpe buat la keputusan malam tu. aku decide nak terus balik johor. then tido 2 malam kat rumah abang. baru balik rumah mak and ayah. kak long pun habiskan cuti kat kampung. haaa good decision ! yeahhh :)
Cuti ni semua akak and abang aku balik. bila anak anak buah yang comel lagi cute semua berkumpul kat rumah atuk and nenek. memang automatically kerja jadi double lahh. kau kemas rumah depan. diorang buat kerja kat belakang. kau kemas rumah belakang. diorang buat kerja kat depan. cenggitu jelahh. bila tak dapat something gaduh main tarik tarik rambut. tampar muka orang. gigit. baling baling. huhu dasyat kan ! aku yang tengok ni pening. yang nenek and mama diorang jadi tarzan lahh. budak budak ni nakal tapi comel :)
tapi yang tak seronok :
pagi pagi lagi diorang dah gegar bilik aku. CU BABUN !!! BANGUN LAH !! ( dalam bahasa arab cu babun tu lalat . hehe ) diorang ketok pintu bilik bagai nak roboh.
Grrrrr. sakit jiwa aku.
OK OK BANGUNLAH NI !!
then aku tidur balik lah. diorang datang lagi.
HOI CU !!! BANGUN LA ! APA NI TIDUR JE.
YELAH YELAH !!! adoiiii habislah aku macam ni.
diorang ni sangat lah bijak. kalau nak cerita perangai diorang ni buat aku nak gelak je. hehe
Bila atuk tidur. diorang ajak borak borak '' heyyy korang ni. atuk nak tidur pun tak boleh lahh '' then kak long pun jawab '' tu lahh ayah. kan kak long dah cakap. haritu ayah kata seronok kalau cucu cucu atuk semua balik. haa kan dah tak boleh tidur. hehehe ''
pagi tadi aku bangun nak mandi. masuk toilet je. senduk nasi ade. bekas sayur ade. mainan siap berenang renang dalam bekas mandi. haihhh ni kerja budak budak ni lahh. toilet dah macam dapur. hee
masa dinner :
Damya : cu. mak ude. nak dengar tak kakak bace bahasa arab.
mak ude : okay cepat la bace.
Damya pun dengan semangat la bace bahasa arab tu.
sampai satu ayat tu aku dengar dia sebut
SASA TUN ! ayam betina.
aku : ape damya ? ulang ulang ! hehe
Damya : sasatun. ayam betina.
( masa ni kak sasa yang tengah makan tu berdekah dekah ketawa. hahaha )
aku : ha lepas ni bole panggil mak ude sasatun eh. ngehehe
then damya teruskan membace sampaila dia sebut
CU BABUN ! lalat.
mak ude : hahahahaha kau lagi terok sehhh. haa lepas ni panggil cu, CU BABUN. haha
kelakar sangat lah damya ni. hehe aku yang tengah makan terus tak lalu nak telan nasi asyik gelak je.
memang aku kagum dengan budak sorang ni. dia memang fast learner. ajar sekali je terus masuk kepala. basic doa semua dia hafal. surah yasin pun dia hafal. umur baru 6 tahun. alhamdulillah damya. GOOD GIRL :)
THIS IS MY BIG FAMILY :)
Ismaliana ( kak long ) + Sheikh Ali ( Along )
= Nureen Damya Haziqah + Nureen Damya Afiqah + Muhammad Afham Firas + Coming soon on August 2012.
Ismazuwairi ( Abang Hery ) + Norliza ( Kak Noe )
= Muhammad Rayyan Zikry ( bakal masuk team harimau malaya )
Ismasasafiza ( Kak Sasa ) + Lokman ( Abang Loq )
= Nuha Batrisyia + Izara Batrisyia
Ismafazrul Akmal ( Abang Amal ) + Norhasma ( Kak Asma )
= Ariesya
Ismazarith Zulaika + calon belum di kenal pasti. ngahahaha
Thank you T__T
No comments:
Post a Comment