Saturday, April 21, 2012

32. Penghibur hati yang lara.


cu tak akan lupa mya fiqa and firas ! :

cuti mid term saya start kat melaka dulu. ce cehh macam banyak tempat je aku nak pegi. hehe nak cerita pasal budak demok yang sentiasa ada dalam hati ni. dah dua hari kat melaka kebetulan ayah and mak pun berjalan jalan kat melaka. so, konon nak jimat duit tiket balik la melaka dulu.
petang tadi after ambik mak kat hospital. damya sebok ajak pegi tengok laut. bukan tak pernah pegi. selalu jugak la melepak kat pantai kelebang ni tengok orang main layang layang. cari punya cari. dapatla satu tempat yang aku memang tak berapa berkenan sangat dengan keadaan kedai dia. tapi nak buat macamane kan dah drebar kata nak lepak situ je. soooo. redha jelah. 

lepas baba park je kereta. damya and fiqa dah sebok merengek nak main layang layang. bingit telinga aku. heyyy name pun budak budak kan. bukan tak pernah belikan tapi nanti cepat je dah jahanam. 
sampai dah siap order fiqah still lagi menangis nangis nak layang layang. 
'' mama. tolonglahh nak layang layang ''
tapi si encik komando tu hati kental gila. dia kata TAK maka TAKLAH. aku ni hati lembut bak sutera. tak boleh aku tengok budak ni menangis nangis. last last luntur jugak hati aku bak kena peluntur. pegi jugaklah teman diorang ni beli layang layang. tapi MASALAHNYA :
 gerai yang kitorang pegi tu jauh dari tempat beli layang layang. means boleh tengok layang layang tu tapi kena lalu kawasan pasir pasir yang agak jauh dari tempat kitorang duduk.

''macamane nak pegi ni dik. jauh tau''
''boleh la cu. kita lalu belah sane''

aku redahkan jugak.
dah sampai separuh jalan tu. ade longkang besar yang menghalang orang nak lalu terus pegi kat kedai layang layang tu. haaa sudah ! entah macamane ade kakak sorang ni dia bagi jalan.

''dik. kat sane ade titi'

mane pulak titinya ni. rupanya titi yang kakak tu maksudkan papan sekeping maybe dari binaan bangunan yang baru siap kat situ. orang dah buatkan jalan. si damya yang badan je besaq tapi hati kecik tu dah serabut. 

'' cuuu. kakak takut !! ''
'' nak pegi ke taknak ? kalau nak pegi kena lalu jugak''
''okay nak nak''
hehehehe yes !! langkah damya kat bawah tu ade buaya.
secepat kilat dia langkah.
hehe

jalan punya jalan rupanya ade lagi satu longkang tapi takde titi.

''cu. cepatlah bertindak''
''nak bertindak hape. memang tak boleh pegi''
''kita lalu la sane. kan boleh pusing''
'' ah taknak. jauh''
''cuu niii !!! exercise la sikit, kita jogging''
nak tergelak aku. pandai pulak suruh aku jogging. hehehe
''jauhlah damya. nanti mama marah''
''alaaaa. pikir lahhh cu. tolonglahhh, bertindak''
heyyyy budak ni.
okay aku bertindak . 

last last aku dengan kudrat yang ade pegi angkat satu kayu tu buat titi. pergghh. hilang keperempuanan aku sehhh. ni semua kerana damya tau. kalau tak, jangan harap !
nak lalu titi tu satu hal, fiqa memang takde masalah. tapi damya yang hati kecik tu menggigil nak lalu titi yang kecik comel tu. ehhehe damya damya ! soo cute :)

lastly. dapat jugak beli layang layang, habis kena pau ! 
satu layang layang tak bole naik.
satu lagi layang layang mama dah lepaskan kat awan.
baguslah baguslah.
haihhhh



with my lovely mum <3

20 april 2012
malacca




No comments: