Semua orang yang baca blog ni sure pelik dengan habitat baru aku yang kuat dan tegar betul mengupdate blog.
tak penat ke perah otak nak membebel dalam blog ni panjang panjang ?
ntah. aku rasa ni je tempat aku bole letak or bubuh ikut suka hati aku nak bubuh ape. and maybe something yang one day nanti aku boleh bukak tengok balik ape yang aku dok merapu macam orang gila dalam blog. pedulikan semua tu ! haha
Pukul 3 : 22 pagi aku masih belum rasa nak tidur.
tak tau mata ni dah berair air tahan mengantuk. because. esok aku dah balik. means akan aku tinggal belog ni and facebook semua untuk sejenak. tu pun kalau aku boleh tahan la hidup tanpa benda benda ni semua kan. haha so. sesape yang tak suka aku layan belog. sila faham. ni habitat aku. ntah kenapa. I like to write something yang aku rasa maybe otak aku nanti akan delete saat saat tu tapi blog ni tak pernah nak delete. haha means sampai bila bila duduk sini je. aku bole tunjuk cucu cicit aku nanti.
cewahhh :) tak pun kalau aku hilang ingatan nanti bole la try bace blog ni.
this entry dah jauh lari dari tajuk asal.
act nak cerita bout my best friend. Maslina. Masdilah. Dina. now, yang still keep in touch dua orang ni. Maslina aka Mas and Masdilah aka Didie. dua dua mas macam mas berlian. hehe sorang ni sudah berkahwin. yang sorang ni sudah bertunang. end of this year she's getting married. hoho tinggal aku sorang sorang single mingle. because what ? aku study. diorang dah kerja. bole la nak gatal gatal kawin dulu. hehe aku tak bole lagi macam tu. padahal masa zaman sekolah dulu aku rasa aku la yang paling corot. hehe
best ingat balik zaman kat sekolah dulu.
- Jadi komander Kadet Remaja Sekolah - Terkejut berok aku bila dapat offer pegi kem peringkat kebangsaan kat melaka. aku wakil negeri johor. awat depa pilih aku ?? kawad pun hancur. nak suruh bagi koman ? memang tak lah kan. suara aku yang lemah gemalai ni buat orang gelak je ade la. hushhh. aku terus suruh si kawan baik aku ni ganti tempat aku jadi komander KRS kat sekolah. BUT. jawatan pengerusi aku pegang. Kem aku yang pegi. haha baik kan kawan aku ni. dia sanggup tolong aku. Thanks ! :) sudi jadi komander kat sekolah. glamour kan jadi komander. hahaha
- Kem suka suka - Kitorang pernah buat kem sendiri kat tepi laut without parents. seingat aku mase tu form 3. aku. dina. mas. suzi. pegi berkelah 2 hari 1 malam kat tepi pantai. konon. nak try benda baru. then layan lagu ska. konon lagi. mase tu glamour la ska ska ni. seangkatan meet uncle hussien and Hujan . haha tapi memang seronok ! jumpa budak taman rinting. Dy. ingat lagi tak ? hehe
- Trend tak tukar kasut every year - Mintak mak ayah aku belikan kasut converse . tak memasal kena beli kasut tu. hehe sebabnya. konon. kasut tahan lama. tak koyak. padahal nak ikut trend. dulu rasa malu kalau start sekolah pakai kasut baru. kalau beratur pakai kasut baru tu benda yang paling malu lah. hehe sanggup pakai kasut koyak asal CONVERSE. haha budak budak kan. and kita semua pakai brand yang same.
- Trend pakai baju kaler lusuh lusuh - Dulu kat sekolah start form4 kita dah pandai pakai baju lusuh lusuh. kalau mak warnakan baju. means NILA kan baju. nangis nangis aku basuh balik baju tu. ntah ape ape. konon. macam tak cool lah kaler baju. haha padahal dulu pernah kena sebat sebab baju terlebih kaler. ni rule sekolah aku yang aku tak bole nak terima. ade ke tak bole nak kaler baju ?? gila ke hape. kena sebat. tu paling baik. paling tak baik kena basuh balik tudung sekolah tu sampai hilang kaler then masuk la kelas dengan air air yang melimpah limpah jatuh masuk dalam baju. gila kan ? aku jadi bahan gelak jek. ingat tak ? ingat tak ? :) mase tu aku kena turun kelas . ngan mas. Didie tak. sebab dia lebih bijak. kitorang kurang bijak. hehe
- Trend bawak tudung kelekung je kain tak payah - Ni pun aku tak akan lupa lah. mase form 2 kena bawak telekung dari rumah sebab kena solat asar and zuhur kat sekolah. yang kitorang ni punyalah malas nak bawak beg berat. pegi bawak tudung dia je. kain tinggal kat rumah. padahal tak la berat sangat kain tu. then kena sebat ramai ramai. aku kena jadi imam pulakkk. first time jadi imam sehh. hehe habis aku lupa semua turutan solat. yang makmum dok konfius. isma ni gila ke hape ?? hahahaha mase ni aku ngan Didie. gila kan ?
- Trend tinggal buku teks bawah meja - Ramai ramai pegi tinggal buku teks bawah meja sampai kena denda. 1 buku for RM1. haha aku kena banyak gila mase tu. dah dasar pemalas nak bawak buku teks banyak banyak pegi sekolah. beratur kat bilik pengetua tuntut buku teks. hehe
- Trend cubit berbisa cikgu cikgu yang budiman - Ingat tak cikgu Ajak ? cikgu Jamilah ? ni antara pencubit terhebat ah. hehe kita naik lali ngan cubitan berbisa. tapi tak pernah serik. ingat tak aku pernah kena denda ngan cikgu jamilah bawah terik matahari kat tengah tengah court badminton. 10 orang yang kena denda. aku sorang ke pompuan. then kena tulis SAYA JANJI SAYA AKAN BAWAK BUKU TEKS 100kali . woooo ! nak tercabut kaki aku terpacak macam pak pacak. kena gelak jangan cakap ah. hehehe masuk kelas rasa macam kaki kat atas tangan kat bawah.
- Trend motor sama - Dulu kat sekolah boleh bawak moto and moto aku ngan didie same kan. Scooter . ape name dia aku tak ingat la didie. hehe bawak motor tu penuh bergaya. cehhh. petang petang jalan jalan keliling kampung. ahhh tak bole lupa ah ! :) aku ingat lagi motor aku hilang. satu satu barang motor aku kena curik kat sekolah. dari hari ke hari. lame lame sebijik motor terus hilang. kalau aku dapat sape pencuri tu ! sob sob sob.
Dalam bulatan : Didie barisan belakang with Dina
Mas barisan tengah sedang hugggs isma . hehe and yang sebelah isma tu. yang kacak lagi handsome. Cikgu Ajak aka cikgu fizik kitorang.
jangan pelik kenapa aku berada di situ. aku naib pengerusi kelas yang tak brape bole pakai. suruh amik kapur pun malas. tengok lah kain singkat. perghh budak johor punya style. kena gelak dek orang je . hehe dan juga pengawas sekolah yang tak bertauliah. tak pernah nak pakai baju pengawas. tak glamour. konon.
and Maria. ayu. asma. Azirah. now. satu universiti ngan aku. naik muak tengok muka diorang ni. hehe dari diploma sampai la dah degree ni jumpa diorang lagi. haih
Btw. this entry just to remember our sweet memories. banyak lagi la nak letak sini. tak cukup page. hehe penat taip panjang panjang ni. esok aku dah nak balik. aku tau. suatu yang pasti. kalau aku dah kat segamat tu memang susah nak jumpa korang semua. Didie make sure preparing become ISTERI tu buat awal awal. Mas pulak. jaga Baby Eryn betul betul bagi dia gemok comel macam aku. haha Thanks lahh ye, aku rasa zaman kat sekolah dulu memang paling sweet lahhh. hehehe
bye bye gengs !
No comments:
Post a Comment