Friday, April 10, 2015

113. Lengkap sebagai seorang perempuan.

Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog. Bosan dalam pantang ni aku update la sikit kan. Dulu pernah pikir, sape nak baca ntah blog kau ni. Sekarang dah tak pikir, aku dah ade sofea. Maybe one day. Bila dia dah besar, dia boleh baca entry mak dia yang mengarut ni. Tak kisah la kan. Yang penting aku ade jugak cite moment indah dalam hidup ni. Yelah memang indah. 

Meh sini mak nak cite kat sofea. Ape jadi masa nak keluarkan sofea dari perut. Ai macam senang je nak keluarkan tu. 

Ok lets started.....

Seminggu sebelum due. Ok sofea punya due yang doktor bagi 7/3/2015. Mama n papa punya birthday is on February, so kami ni berangan mat jenin lah yg sofea ni bakal keluar on February jugak sebab doc kata maybe awal seminggu. Tunggu punya tunggu takde tanda pun...dah seminggu dah mama rasa false contraction. Bila ntah yg betul betulnya. Tiap hari ni bagitau papa, bila nak sakit ni ? Yelah kita first time kan mesti nebes la nak rasa bersalin tu mcmane. Yg orang kata boleh putus urat tu. Lagi stress bila bukak fb ni kawan mama semua dah selamat bersalin. Due nak dekat dah. Kalau boleh mama taknak la over due, nanti kena paksa. Orang kata sakit. Stress la bila baca "alhamdulillah isteri saya dah selamat bersalin". Mama terus cakap dgn papa. Dah la taknak bukak fb. Stress. Semua bini dah bersalin, bini kau bila nak bersalin apis ?? Hahaha

Ok lagi 2 hari nak due dah ni. Takde pun tanda lagik. Asyik la false contraction. Bila dah sakit tu malam je sibuk ready nak pegi hospital. Bila dah get ready nak gerak, hilang pulak sakitnya. Antara usaha mama papa nak bagi sofea keluar cepat, esok dah due ni. "Jom la kita pegi uptown, kita jalan sampai penat. Sampai rasa nak beranak" haha punyalah usaha kan. Kalau pegi mall, cepat sangat tutup. Kita pegi uptown je. Alhamdulillah usaha berhasil. Pagi subuh pecah air ketuban.

Tepat 7/3/2015. Macam ni rasa pecah ketuban eh. Tapi tak sakit pun. Mama sempat mandi, makeup, pilih baju semua baru pegi hospital. Papa stress tengok. Dia la yg paling nervous. Haha sampai hospital. Macam biasa la cek ctg semua. Bukaan 2cm. Penat aku jalan malam tadi baru bukak 2cm je. Adoii la. Terus la admit wad. Mama tak sakit lagi. Kat wad tu boleh gelak gelak dengan papa. Asyik keep question bila nak sakit ni. Bila nak sakit. Start pukul11 pagi dah rasa sakiy tp tak sangat. Sikit je sakit. Lama lama sakit tu makin kuat. Haaa ambik la. Nak sangat sakit kan. Pukul4 ptg bukaan 4cm. Terus la kena masuk labour room. Mama sempat makan bubur mcd, milo ais sebab nak bagi tenaga kan sat lagi nak meneran. Cehh konon je. 

Sampai labour room, cek bukaan lagi rupanya baru 3cm. Oii dah sakit mcm ni baru 3cm ke ? Kecewa. Dahla nak cek bukaan tu sakit. Perut kita sakit. Yg lagi best bila dah kat labour room nak buang air kat atas katil tu jugak. Perghhh. ade ke patut ?? Teruslah sakit dan sakit dan sakit dan sakit. Kesian kat papa masa ni, mama tarik, pulas2, cakar2, tangan dia. Tarik baju dia sampai nak koyak. Hahaha tangan dia mcm nak tercabut mama kerjakan. Besi katil yg sejuk tu mama boleh panaskan. Dia punya sakit tu tak terluah. Sempat lagi papa cakap "tadi sayang yg nak sakit kan, haa asyik tanya bila nak sakit. Ni dah sakit la ni" hahaha bila dengar rasa nak marah tp kelakar. Mama sempat cakap "nak mati dah ni b, sakit sangat ni. rasa macam nak mati" kikikiki sampai harini papa suka ulang ayat ni. Suka ulang tayang adegan tahan sakit mama kat labour room. Macam nak campak muka dia pakai kasut. Orang tengah sakit dia boleh tanya "sayang, nak anak lagi tak ?" 

Sampai la bukaan 6cm mama dah tak tahan. Suruh cakap kat nurse dah nak meneran. Sebenarnya kena tunggu sampai 10cm tp dah tak bole tahan sakit sangat. Alhamdulillah proses meneran mudah senang je sofea keluar. Mama nampak sofea keluar laju je, kulit biru2, dengar sofea nangis, nurse letak atas dada. Mama pegang sofea, rasa panas je. Bibir sofea merah. Papa azankan. Terima kasih Allah untuk semua nikmat yang Engkau berikan. Alhamdulillah. anak mama keluar sihat sempurna. Mama papa bagi nama Sofea Nur Naylie. Semoga jadi anak yang baik.

Yang mencintaimu,
Mama



Tuesday, December 9, 2014

112. Aku yang lemah.

2 Disember 2014:

Malam lepas balik kerja, aku call kak sasa sebab nak tanya dia pasal jeruk asam boi yang dia kirim. Sambil tu dapat cakap dengan mak sekejap, Cerita pasal majlis kenduri doa selamat untuk aku n baby. Aku suruh mak pilih tarikh n menu masa kenduri tu, Mak ceria bila cerita pasal baby. Mak kata dah lama tak jumpa aku sebab bulan lepas aku tak dapat balik, biasanya sebulan sekali mesti balik, takpun mak n ayah datang kl. Mak kata nak tengok perut aku. Mak kata mak dah tengok gambar 4D baby yang aku watsapp ayah hari Ahad haritu. Mak kata baby macam boy tapi hidung mancung tak macam hidung aku. Mak ceria macam biasa. Mak kata nanti mak bincang dengan ayah pasal kenduri. Aku sempat bagitau mak, aku nak balik 27hb ni. Mak kata mak rindu. 

3 Disember 2014:

Lepas balik kerja, hati aku tiba tiba macam nak siapkan kemas rumah, basuh baju semua. Dalam hati ni terdetik "biarlah aku siapkan kerja kerja rumah ni cepat, nanti hari sabtu senang". Malam tu aku siap basuh separuh baju kotor dalam bakul. Masih teringat pesan mak suruh balik bulan ni. Memang dah lama aku tak jumpa mak. Memang patut aku balik kampung.

4 Disember 2014:

Aku pegi kerja macam biasa. Hati ni langsung takde rasa ape ape yang pelik. Lepas balik kerja, aku terus habiskan baki baju yang tak siap basuh lagi. Ni memang jarang aku buat sebab biasanya aku basuh baju weekend tapi ntah kenapa hati ni nak siapkan semua tu cepat cepat. Aku masak untuk Hafiz terus malam tu. Lepas siap masak, terus mandi nak solat maghrib. Masa tengah solat tu aku ade terdengar bunyi telefon tapi ntah kenapa Hafiz tak tolong angkatkan. Sampai la aku habis solat, Hafiz bagi telefon. Aku cuma dengar "Dik.....kenapa tak angkat telefon ???" suara kak sasa terketar ketar. "Ye kak, adik baru lepas solat" "Dik.....mak pengsan dik. akak dalam kereta nak hantar mak pegi hospital". Masa ni jantung aku dah berderai, aku dah tak mampu nak cakap ape ape. Dengan serta merta kaki tak kuat nak berdiri, aku terbaring, Airmata ni jatuh. Masa ni aku dah dapat rasa something yang tak elok walaupun kak sasa cuma cakap mak pengsan. aku menangis semahu mahunya. Aku peluk Hafiz, aku mintak dia hantar aku balik kampung malam tu jugak.

Hafiz suruh aku kemas baju, aku tau dia tengah banyak kerja tak boleh nak tinggal. Tapi aku merayu hantar aku balik kampung masa tu jugak. Aku dah tak boleh pikir ape ape. Aku cuma bole sebut "Makkkk". Masa aku kemas baju tu, aku still sedapkan hati. Aku tak bawak pun baju kat rumah, aku bawak baju yang tak perlu iron sebab dalam hati aku, aku nak jaga mak kat hospital sebab memang dah biasa bila mak admit hospital, memang aku yang kena jaga. Abang n kakak semua dah ade anak. so, aku terus masukkan baju ape yg aku nampak. Terus gerak balik kampung.

Sampai serdang, aku dapat call dari Along. Aku angkat "Zie...mak dah takde" "Allah................." "Makkkkkkkkkkkk!!!!!!" masa ni aku dah taktau nak kata ape. dalam hati cuma ade mak. aku nak mak. aku rindu mak. aku nak jumpa mak. aku cuma sebut nama mak ulang ulang. aku nak peluk mak. aku nak cium pipi mak. aku dah lama tak nampak muka mak. aku nak mak. aku nak mak. Makkkkk.
"kenapa mak pegi tak tunggu adik mak" "adik rindu makkkk"

Sepanjang perjalanan tu, aku rasa semua memori dengan mak terbayang bayang, semua yang aku buat dengan mak dari aku kecik aku ingat. Memori dengan mak takkan aku lupa. 

Sampai je rumah, dari jauh aku dah nampak rumah terang. Ade orang pakai songkok duduk kat depan rumah. Sungguh, aku tak terdaya nak melangkah. Aku jalan masuk dalam rumah, tuhan je yang tau ape yang aku rasa. Dalam hati ni aku nak peluk mak. Bila aku langkah masuk dalam, aku nampak kak sasa n abang amal duduk tunduk. Aku nampak sekujur tubuh baring di tutup dengan kain. "Ya Allah....kau kuatkan aku. kau beri aku kekuatan" aku duduk sebelah mak, aku cuma dengar "Zie, bukak kain tu tengok mak" tangan ni aku angkat tapi tak terdaya nak bukak kain tu. Belum sempat aku bukak, aku rasa badan aku lemah. Airmata jatuh. Aku macam nak jerit "Makkkkkkk, adik balik ni mak. mak nak tengok perut kan" "Makkkk kenapa mak baring kaku macam ni" tak dapat nak di luah perasaan ni bila tengok orang yang kita sayang dah takde macam selalu. Aku rasa sekelipa mata mak dah takde. aku rindu pelukan mak, senyuman mak, segala galanya. aku rindu. 

Aku nampak kaklong menangis, kaklong rebah, kak sasa menangis, abang amal, abang hery........
Abang amal paling manja dengan mak, tapi aku nampak dia duduk jauh. Kaklong datang bukak kain penutup mak, masa tu aku nampak muka mak. Muka mak yang tak macam biasa. Mak macam tidur dengan tenang. Airmata ni jatuh lagi. Kaklong rebah. Aku nampak ayah menangis. Aku peluk ayah. "Ayah....adik janji adik jaga ayah"

Malam tu aku tak mampu lelapkan mata. Sampai ke subuh. Malam tu aku ambik peluang, cium mak. pegang kaki, tangan mak buat kali terakhir. Subuh tu kami adik beradik bacakan yassin untuk mak. Lepas baca yassin aku nampak abang amal pegi sebelah mak, dia pegang dada. Akhirnya dia luahkan ape yang terbuku dalam hati dia. Dia menangis semahu mahunya. aku tau, abang pun dah lama tak jumpa mak. aku tau dia rindu. Aku nampak ayah menangis sama......

5 Disember 2014:

Alhamdulillah urusan pengebumian mak berjalan dengan lancar termasuklah kenduri tahlil yang pertama. Ramai yang bagi semangat. Terima kasih. 

6 Disember:

Pagi, selepas solat subuh. Aku rasa rindu yang amat sangat. Tak mampu nak di luah. Aku tau mak dah tenang di sana. Al fatihah. Mak, adik sayang mak. 











Tuesday, February 25, 2014

111. Aku dah kawin.

Bismillah.

Dah lama tinggal dunia blog, tapi harini rasa macam nak share something dalam blog ni. hehe even takde orang baca tapi one day, aku percaya akan ada yang baca blog ni maybe anak anak. well, who know ? Ya Allah aku bersyukur sangat, sekarang hidup aku hampir lengkap.

22 disember 2013 Yes, i am married. dah dua bulan aku kawin, and yes ! dengan lelaki yang aku pernah syok kat sekolah dulu. hehehe

kadang kadang sebelum tidur, suka tanya dia, ape yang dia rasa dulu masa bercinta kat sekolah ? bila dia start suka ? cerita pasal surat cinta, kena marah dengan mak ayah sebab bercinta masa sekolah, hehe semua tu macam mimpi. memang tak sangka sangat boleh kawin dengan dia, zaman bercinta kitorang memang tak selalu aman. tak sangka jodoh panjang, alhamdulillah. kadang kadang bila dah kawin ni, terfikir.. betul Allah tu maha adil, dia tahu siapa yang paling layak untuk jadi jodoh kita. ini semua jodoh ketentuan Allah.

14 febuari 2014. i am officially graduated, memang aku happy gila la bila bukak email tengok semua paper lulus. yelah kan, aku ni antara student yang di lanjutkan tempoh pengajian. aicehhh ayat hehehe yelah budak tak brape nak pandai ni haa, macam macam masalah dalaman tapi alhamdulillah lepas kawin, dah habis belajar, aku happy. ape lagi yang aku nak ? sekarang masa untuk bersyukur dengan apa yang tuhan beri ni.


Ini suami saya :)